Sejak kecil lagi Ustaz Mokhtar mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang pendidikanya. Pada zaman kanak-kanak beliau telah belajar dengan bapanya sendiri tentang asas ilmu agama iaitu tauhid, feqah, dan akhlak. Kemudian beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar di Mentakab dalam aliran Inggeris selama dua (2) tahun. Kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Agama Khairiyyah di Temerloh. Pada tahun 1958 beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama di Keluang, Johor selama empat (4) tahun . Mudir sekolah pada ketika itu ialah Ustaz Lazim bin Soim.
Seterusnya beliau menuntut di Kolej Islam Kelang. Disitu beliau mengambil 18 matapelajaran. Setelah tiga tahun pertama beliau telah mendapat sijil rendah, seterusnya mengambil sijil tinggi dan menyambung sehingga ke peringkat diploma pendidikan di sana.
Ustaz Mokhtar pernah mendapat gelaran sebagai ”Kamus Bergerak” oleh rakan-rakan sebayanya ketika beliau menuntut di kolej itu. Beliau juga merupakan pelajar terbaik dan telah mencatat rekod akademik yang cemerlang. Sehingga ke hari ini namanya masih lagi terukir di kolej tersebut.
Beliau telah berjaya mengambil ujian penerimaan melanjutkan pelajaran ke Mesir di kolej itu. Kemudian beliau ditawarkan biasiswa pelajaran oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Namun jabatan ini telah mensyaratkan harus berkhidmat dengannya terlebih dahulu selama lima tahun sebelum menyambung pelajaran. Dengan itu, beliau telah berkhidmat menjadi pengetua di Sekolah Menengah Agama Dong Raub Pahang pada bulan September tahun 1968 hingga 1973.
Pada akhir tahun 1973, beliau menyambung pengajian di peringkat masters (M.A) di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau mengikuti bidang Syariah, pengkhususan feqah perbandingan. Ramai di antara rakan-rakannya menyarankan agar beliau mengambil sarjana muda (B.A. hons) terlebih dahulu. Walaupun begitu, sijil Kolej Islam Kelang mendapat pengiktirafan untuk menyambung ke peringkat masters (M.A). Dengan usaha gigih dan berbekalkan doa beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat ini pada tahun 1975 dengan mendapat kepujian.

Sumber dari penulisan buku TOKOH-TOKOH ULAMA' PAHANG |