Jumaat, 9 Oktober 2009

Pengenalan

بسم الله الرحمن الرحيم
“TUHANKU! ENGKAULAH MAKSUDKU DAN KEREDHAANMU AKU TUNTUT”

Segala puji bagi ALLAH S.W.T Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.


Mokhtar bin Yaacob binBusu Ahmad bin Abdul Hamid bin Abu Hanifah bin Mohammad Soleh Penghulu Balai bin Muhammad Imam bin Tok Idin bin Tok Hulu Balang bin Seri Maharaja bin Tun Gajah Menta bin Abu Bakar Sultan Pagar Ruyong Minangkabau.
Ustaz Mokhtar dilahirkan pada tahun 1937 di Temerloh, Pahang. Bapanya Yaacob bin Busu Ahmad adalah seorang guru pelawat juga dikenali sebagai Lebai Yaacob di daerah Temerloh. Lebai Yaacob telah banyak menghasikan buku-buku bacaan untuk para pelajar sekolah. Ibunya bernama Sofiah binti Ismail merupakan guru ugama. Belajar daripada suaminya Lebai Yaacob. Datuk beliau Ismail merupakan qadhi di daerah Temerloh.
Ustaz Mokhtar merupakan seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Pendidikan daripada bapanya Lebai Yaacob benar-benar menjadikan beiau seorang berjiwa sufi dan berpendidikan. Dari segi ilmu, Ustaz Mokhtar arif di dalam banyak ilmu. Beliau boleh memperkatakan mengenai ekonomi, pendidikan, kebudayaan, sastera, falsafah hatta beliau juga boleh memperkatakan tentang ilmu hisab dan sains serta perubatan.
Beliau mempunyai tiga orang isteri dan 13 orang anak.
Ustaz Mokhtar meninggal pada hari Sabtu, 8 Rabiul Awwal, tahun 1408 Hijrah bersamaan 31 Oktober 1987.

Sumber dari penulisan buku TOKOH-TOKOH ULAMA' PAHANG
Sumber dari penulisan buku TOKOH-TOKOH ULAMA' PAHANG


https://www.youtube.com/watch?v=uz3sZCQu85k&t=3695s